Header Ads

Pelakon Zaibo meninggal dunia hidap kanser tahap 4


Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.20 petang sebentar tadi di Rengit, Johor.


Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya,” katanya ringkas.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu apabila beliau tidak boleh menelan makanan.

Rakan artis, Norlia Ghani antara yang hadir memberi sokongan kepadanya ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.


Loading...

Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Amina Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami telah hadir melawatnya.


Penyakit kanser esofagus dikesan selepas sambutan Hari Raya Aidiladha lalu apabila beliau kerap mengadu tersedak setiap kali makan.

Beliau kemudian dirujuk di hospital besar sebelum keputusan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mengesahkan dirinya menghidap kanser esofagus tahap empat.

Zaibo sebelum ini terkenal dengan sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999 dan filem-filem lain seperti Awan Dania dan pernah melibatkan diri di dalam filem Hollywood, Anna and The King. - Malaysian Update

No comments