Header Ads

Parlimen: Potongan gaji berpendapatan RM2,000, pelajar cemerlang golongan M40 dikecualikan bayaran


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 berdasarkan Belanjawan 2019 sebelum ini.


Loading...

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kerajaan turut memutuskan pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama turut diperluas kepada  golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), berbanding isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebelum ini.



"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November 2018 telah memutuskan supaya potongan gaji kepada peminjam PTPTN sebanyak dua peratus atau RM40 sebaik sahaja gaji mereka mencecah RM2,000 dan potongan ini meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan peminjam.

"Mesyuarat Jemaah Menteri turut memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran balik PTPTN bukan sahaja kepada golongan B40 tetapi juga dipanjangkan kepada golongan M40.

"Pengecualian ini diberikan bukan sahaja kepada pelajar golongan M40 dari Universiti Awam (UA) tetapi  juga kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama

No comments

Loading...