Header Ads

Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan


IPOH - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan polis telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam selepas blogger itu memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial.


Loading...
Katanya, tindakan serupa juga akan diambil pada mana-mana pihak yang didapati cuba  menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

"Semua kena sedia maklum, (penahanan) ini ekoran kenyataan beliau yang berbaur hasutan menerusi video yang cuba menaikkan sentimen orang ramai... kita tidak mahu perkara-perkara berkaitan isu perkauman ini dibangkitkan dalam keadaan luar biasa.

"Jika kita biarkan perkara-perkara begini, ia akan menyebabkan masalah lain pula berkaitan isu keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan yang bersara wajib menyerahkan tugasnya kepada timbalan beliau, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid yang akan memangku jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini dilaporkan akaun Facebook yang menggunakan nama Sir Azri dipercayai milik Wan Muhammad Azri, menyiarkan video langsung bertajuk  'Ini Tanah Melayu' pada Rabu lalu. - Bernama

No comments

Loading...