Beliau ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah termasuk suapan untuk meluluskan konsesi balak.

Memetik Kosmo! Online lagi, Musa, 67, akan dituduh dengan pertuduhan rasuah yang membabitkan kira-kira RM263 juta dan difahamkan kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2009. 
Musa merupakan Ketua Menteri Sabah dari 2003 sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu selepas kerajaan Barisan Nasional kalah di tangan parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.