Header Ads

Musa Aman dijangka didakwa atas tuduhan rasuah petang ini


PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka menghadapi 35 tuduhan rasuah ketika dibawa ke mahkamah pada Isnin.

Beliau dijangka akan didakwa berhubung dengan beberapa kes yang melibatkan konsesi balak di Sabah.


Loading...
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun Sungai Sibuga) berusia 67 tahun itu dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta  pukul 2 petang ini.

Menurut di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  jumlah yang terlibat adalah 'sangat besar'.

Beliau dipanggil ke ibu pejabat SPRM pada jam 8.30 pagi (Isnin).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa Musa akan didakwa. - mStar Online

No comments

Loading...