Header Ads

Muhyiddin suruh PAS-Umno buat di masjid saja doa selamat kesyukuran ICERD


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak perlu bagi PAS dan Umno membuat himpunan bantahan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di padang Merbuk pada 8 Disember.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin berkata, kerajaan sudah membuat keputusan muktamad untuk tidak meratifikasi ICERD.


Loading...
“Keputusan kerajaan muktamad dan kita kena hormat. Jadi apa tujuan hendak ada perhimpunan yang asalnya untuk membantah kemudian ditukar balik menjadi perhimpunan kesyukuran.

“Bersyukur tidak perlu buat perhimpunan begitu… buat doa selamat di masjid, doa negara aman tenteram dan Alhamdulillah tiada ratifikasi. Itu lagi molek sebab yang hendak buat itu sebahagian besar mereka adalah orang Islam dan pertubuhan yang perjuangkan Islam,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sekiranya pihak yang berkaitan tetap mahu meneruskan himpunan terbabit, mereka perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

“Nasihat saya tidak perlu perhimpunan sebab hendak buat (perhimpunan) itu mahal, kena beli baju T dan macam-macam perbelanjaan. Jadi lebih elok jimat duit belanja perkara lain.

“Tapi kalau berdegil hendak masih berjuang tentang ICERD, kita lihat Akta Perhimpunan Aman, mereka kena patuh peraturan sedia ada. Kalau patuh kita kena luluskan. Kalau tiada lebih baik,” katanya. - MalaysiaStyloNews

No comments

Loading...