Header Ads

Menteri tolak permintaan siaran langsung perbicaraan kes Najib di RTM, Bernama


Menteri komunikasi dan multimedia menolak cadangan supaya stesen televisyen awam membuat siaran langsung perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.

Gobind Singh Deo berkata banyak lagi “perkara lain yang boleh dibuat”, malah RTM dan Bernama “mempunyai siaran terhad”, lapor Malaysiakini.


Loading...
“Ini adalah kali kedua soalan sebegini diajukan kepada saya, saya sudah katakan sebelum ini bahawa tidak ada siaran langsung berkaitan pertuduhan Najib,” katanya kepada media.

“Banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat liputan di dalam negara, seperti yang saya khaskan, laporan berita mengenai perbicaraan selalu diadakan.”

Beberapa media sebelum ini mencadangkan agar kes bekas perdana menteri itu, termasuk melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disiarkan secara langsung.

Semalam, peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga bersetuju, sambil menyifatkan cadangan itu “bagus”.

Minggu lalu, Najib bersama bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dihadap dengan enam tuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

No comments

Loading...