Header Ads

Malaysia tidak mahu kapal perang AS masuk perairan ASEAN

Foto Bernama

SINGAPURA - Tidak dibenarkan kapal perang di perairan ASEAN, namun bot kecil mungkin boleh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat hari ini.


Loading...
"Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran The Seventh Fleet di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu," katanya ketika ditanya mengenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap  strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat.

Ketika berucap pada sisi Persidangan ASEAN 2018, beliau berkata Malaysia menyatakan pendiriannya bahawa lautan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas daripada kapal perang yang besar.

"Bot peronda yang kecil diperlukan untuk membendung terutama lanun, tetapi kapal perang yang besar boleh menyebabkan insiden dan seterusnya mewujudkan ketegangan," katanya.

The Seventh Fleet ialah kapal bernombor (satu pembentukan tentera) bagi Tentera Laut Amerika  Syarikat. Ia sebahagian daripada Pacific Fleet Amerika Syarikat. - Bernama

No comments


Loading...