Header Ads

Mahkamah tolak saman Musa, Shafie Apdal kekal ketua menteri


KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kesemua kes saman yang dipohon daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tepat jam 4.10 petang tadi sekali gus mengekalkan status Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, lapor Astro Awani.


Loading...

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie memberikan keputusannya pada pukul 4.10 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.



Musa turut diarahkan membayar kos guaman sejumlah RM15,000 kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan jumlah yang sama kepada Mohd Shafie.

No comments

Loading...