Header Ads

Mahkamah Tinggi tolak permohonan tangguh ambil alih tanah kuil

Penasihat Persatuan Penganut Kuil Sri Maha Mariamman Devastanan, Datuk Seri Baa Krishnan Appala Naidu (tengah) pada sidang akhbar selepas keputusan permohonan penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk tangguh perintah pindah kuil itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto oleh Bernama

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menghalang perpindahan kuil Sri Maha Mariamman.


Loading...
Hakim M. Gunalan berkata permohonan S. Thangaraju, S. Nagarajah dan M. Mohanakrishnan gagal mengatasi keraguan munasabah, lapor portal Projek MM hari ini.

Peguam S. Mogan yang mewakili pemohon berkata saman sivil kepada pemaju, kerajaan negeri dan jawatankuasa kuil akan tetap diteruskan.

Kawasan kuil berkenaan merupakan kawasan rusuhan dua malam lepas yang mengakibatkan beberapa mangsa cedera, kenderaan dibakar dan bangunan dirosakkan.

Tanah kuil itu kini merupakan milik One City Development Sdn Bhd.

Satu keputusan dibuat pada Mac 2014 di mana semua pihak bersetuju kuil itu dipindahkan ke USJ 23 di Subang Jaya.

No comments

Loading...