Penganugerahan ijazah kehormat itu, yang merupakan pengiktirafan tertinggi universiti berkenaan terhadap sumbangan Mahathir dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa, semasa lawatan beliau ke kampus Tokyo universiti itu di sini.

Ijazah kehormat itu disampaikan Presiden universiti berkenaan, Prof. Kyosuke Nagata.
Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah itu berlangsung, Mahathir mengadakan pertemuan dengan Nagata.
Perdana Menteri hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun, yang antara kemuncaknya adalah pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun 'The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers' oleh Maharaja Jepun di Imperial Palace di sini pada Selasa. - Bernam