Header Ads

'Lokap saya dipenjara sungai buloh masih kosong, tapi penghuni yang menanti ramai' - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya terkenal sebagai pemidato yang hebat, ucapannya sering kali diselit dengan gurauan dan juga sindiran tajam.


Loading...
Dalam satu ucapan pada program di Universiti Malaya di Kuala Lumpur pagi tadi, Anwar menceritakan bagaimana beliau meluangkan masa ketika berada dipenjara dengan banyak membaca buku, lapor Kini Tv.

"Baiknya saya kupas buku-buku ini sebab saya banyak waktu dipenjara membaca. Jadi jika saudara kurang waktu sila (masuk penjara). Lokap saya dipenjara Sungai Buloh masih kosong, tapi nampaknya penghuni-penghuni yang menanti ramai," gurau Anwar yang membuatkan dewan ketawa.

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat - satu tuduhan yang ditegaskan oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

No comments

Loading...