Header Ads

Lima individu pinda laporan 1MDB dulu didedah kepada panel Parlimen


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan lima individu yang telah mengubah laporan asal audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PAC, yang pernah menyiasat isu ini, didedahkan bukti kukuh perubahan itu melalui dua dokumen, satu daripadanya mengandungi bahagian yang “hilang”, lapor New Straits Times.


Loading...
Bahagian dokumen itu dilaporkan diubah itu termasuk maklumat berkaitan perdana menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Low Taek Jho.

“Bahagian yang diolah semula, selepas diubah, dapat membatalkan penemuan [audit atau siasatan] sebelum ini,” kata satu sumber, yang tidak dinamakan, kepada akhbar itu.

“Nama-nama Najib, Rosmah dan Jho Low kelihatan muncul semula dalam laporan [asal] dengan cara yang tidak menguntungkan mereka.”

Tiga daripada lima individu yang mensabotaj laporan itu berjawatan tinggi dalam Jabatan Peguam Negara, 1MDB dan pegawai yang ada akses kepada Pejabat Perdana Menteri waktu itu.

Kelmarin, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan audit asal 1MDB diubah dengan mempertahan integriti laporan itu, yang dikelaskan sebagai rahsia. - Projek MM

No comments

Loading...