Header Ads

Laporan 1MDB dipinda? Tanya Najib, kata Zahid

Foto The Star

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda.

Ahmad Zahid, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu berkata persoalan berhubung dakwaan itu harus diajukan kepada Najib sendiri.


Loading...
"Anda patut tanya Najib sendiri tentang perkara itu," katanya dipetik Malay Mail.

Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita di Sungai Siput dan ditanya berhubung pendedahan berkenaan yang dilaporkan suratkhabar milik Umno, Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan Najib pada 22 Feb 2016 mengarahkan Ambrin Buang, yang merupakan ketua audit ketika itu, meminda beberapa bahagian dalam laporan audit 1MDB.

Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho dalam laporan itu dikeluarkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Wong Kah Woh juga sebelum ini pernah membuat dakwaan serupa mendakwa laporan audit 1MDB dipinda.

Dalam kenyatan media malam ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berkenaan dan akan memanggil saksi dalam masa terdekat untuk membantu siasatan. - Malaysiakini

No comments

Loading...