Header Ads

Kumpulan Goldman mungkin didenda, dihukum akibat terbabit 1MDB


NEW YORK : Siasatan kerajaan terhadap urus niaga Kumpulan Goldman Sachs Inc bersama dana kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin berakhir dengan denda, hukuman dan beberapa sekatan lain, kata bank Wall Street dalam pemfailan peraturan semalam.


Loading...
Menurut Goldman, syarikat itu sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan pihak lain yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berhubung 1MDB.

Khamis lalu, barisan pendakwa AS memfailkan dakwaan jenayah terhadap dua bekas ahli perbankan Goldman dan pakar kewangan Malaysia susulan kecurian bilion dolar dar dana itu.

Kerajaan Malaysia ketika di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa, dianggarkan dianggarkan sejumlah AS4.5 bilion (RM18.73 bilion) diseleweng dari 1MDB oleh beberapa pemimpin kanan dan rakan mereka antara tahun 2009 dan 2014.

Najib menafikan sebarang salah laku atau pembabitan dalam sebarang kes berkaitan 1MDB. - AFP/BH Online

No comments

Loading...