Header Ads

Kuasa doa...nota, beg diragut ditemui



KUALA LUMPUR - “Saya ambil RM350, minta halalkan, perlukan sangat-sangat…"

Itu nota yang dikirimkan peragut yang ditemui di dalam beg hitam milik seorang wanita di sini.

Malah bukan itu sahaja, insiden penemuan beg itu turut tidak disangka-sangka...

Loading...


Memetik Facebook Musminah Mustain, rakannya telah diragut pada petang 23 November lalu.

"Kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Melawati termasuk mengambil salinan laporan.

"Ia memudahkan rakan membuat lesen memandu baharu," katanya sentiasa berada di sisi rakannya.
Dia dan rakannya dikenali Kak Liza sentiasa positif dan berdoa agar beg itu dikembalikan malah sentiasa memohon kepada ALLAH makbulkan doa mereka.

Dalam pada masa sama, rakannya turut tidak berhenti melakukan amalan jariah dengan menderma.

"Selesai membuat laporan polis, Kak Liza mengajak saya beriktikaf dan solat Asar di sebuah masjid.

“Kata Kak Liza, mana tahu, ALLAH lembutkan hati orang yang ambil dan pulangkan semula barang. Husnuzon dengan ALLAH. Hati manusia, ALLAH yang pegang. Kalau ALLAH, jahat macam mana pun orang tu, ALLAH berkuasa lembutkan hatinya semula,” jelas Musminah.

Katanya turut melahirkan rasa sedih melihat rakannya tidak berhenti berharap agar ditemukan beg tersebut.
“Hinggalah, selesai menunaikan solat, mata saya terpaku kepada barang di sudut tiang masjid.

“Sejurus Kak Liza selesai solat, saya memanggilnya dan memintanya melihat di sudut tiang masjid kerana seakan-akan beg hitamnya,” katanya.

Jelasnya, rakannya terus menuju ke arah seorang wanita dan bertanyakan perihal beg itu.

“Pada awalnya kami sangkakan itu beg wanita namun dia menidakkan. Wanita itu telah menjumpai beg itu di luar dan bawa ke dalam masjid.


“Terus kami buka dan....Masya ALLAH, ia beg kak Liza!!!… Belum sempat kami ‘check’ barang, iqamah dilaungkan.

"ALLAHU... sayuuuu, menangis, terus sujud syukur. Terketar-ketar tangan nak angkat takbir. Begitu indahnya apabila ALLAH memakbulkan doa kami," katanya.

Difahamkan, barangan seperti telefon, kad perbankan, kad pengenalan masih selamat dan hanya wang tunai berbaki RM150 ditemui di dalam beg manakala RM350 telah tiada.

-sinar harian

No comments

Loading...