Header Ads

Ku Nan ditahan SPRM bantu siasatan kes penjualan tanah DBKL bernilai RM5.63 bilion


PUTRAJAYA - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.


Loading...
Difahamkan beliau tiba dengan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih pada pukul 3.15 petang dan ditahan sejurus sampai di Kompleks Bangunan SPRM, lapor Kosmo Online hari ini.

Tengku Adnan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan serta SPRM sejak 31 Julai lalu.

Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut.

No comments