“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel ke zuhaila@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Fahmee Mohd. Nor di talian 03-8870 0419 atau emel ke mohdfahmee@sprm.gov.my.,” katanya.
Pada November 2015, kerajaan Barisan Nasional melalui jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat menjelaskan Paul Stadlen yang merupakan seorang perunding perhubungan awam bukan kakitangan kerajaan dan tidak diberi sebarang elaun dan gaji oleh kerajaan.   
Sebelum ini, Sarawak Report dalam satu laporan mendakwa bahawa Stadlen pernah mengetuai pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri. 
Stadlen, pemegang permit penduduk tetap (PR) negara ini, pernah menerajui firma perunding komunikasi Apco Worldwide cawangan Kuala Lumpur.     
APCO Worldwide merupakan firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di  seluruh dunia.