Header Ads

Kementerian Wilayah tukar nama tahun depan - Khalid


LABUAN - Nama baharu bagi Kementerian Wilayah akan diuar-uarkan tahun hadapan, kata menteri berkenaan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata perubahan yang dicadangkan dalam kementerian itu bukan satu keutamaan tetapi masih perlu dilakukan untuk menyesuaikan dengan peranan tambahannya di peringkat kebangsaan.


Loading...

"Ia belum lagi dalam senarai keutamaan saya, ia akan ditangguhkan untuk tiga atau empat bulan bagi merasionalisasi kementerian, setelah selesai tiada lagi perubahan nama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-100 Hari Peringatan di sini.

Kementerian itu akan dinamakan semula bagi mencerminkan peranannya yang lebih luas bukan terbatas kepada pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tetapi diperingkat persekutuan.

Pertukuran nama itu akan selaras dengan rasionalisasi kementerian, yang kini bertanggung jawab terhadap PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dan Jabatan Lanskap Negara.

"Kita akan membawa perubahan ini secara beransur-ansur agar rakyat akan lebih memahami peranan kita yang tidak terbatas kepada wilayah persekutuan semata-mata tetapi juga mencakupi perancangan bandar dan desa serta lanskap seluruh negara, kata Khalid. - Bernama

No comments


Loading...