Header Ads

Juruterbang tertidur, pesawat terlepas destinasi



SYDNEY: Sebuah pesawat kecil terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit, kata pegawai keselamatan semalam.
Juruterbang berkenaan ialah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31 dari Devonport ke King Island di Tasmania pada 8 November lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Loading...

Kejadian itu, yang dikelaskan sebagai kes ‘ketidakupayaan’, kini disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Pegawai tidak memberitahu bagaimana juruterbang berkenaan terbangun sebelum mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat.
“Ketika penerbangan, juruterbang tertidur, menyebabkan ia terlepas sejauh 46 kilometer dari King Island,” kata ATSB dalam kenyataan.
ATSB akan menemubual juruterbang berkenaan dan menilai prosedur operasi sebelum menyiarkan laporan tahun hadapan.

Tahun lalu, lima maut apabila pesawat yang dalam penerbangan ke King Island terhempas sejurus berlepas di Melbourne. — Agensi
-berita harian

No comments

Loading...