Header Ads

Jho Low batal tuntutan ke atas hotel mewah di New York

Foto FMT

NEW YORK (Bloomberg): The Park Lane Hotel di New York boleh dijual kepada Mubadala Investment Co. milik kerajaan negeri Abu Dhabi selepas ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho (bersetuju) untuk membatalkan tuntutannya ke atas harta itu dalam tuntutan rampasan di Amerika Syarikat (AS).


Loading...
Jabatan Kehakiman AS cuba merampas saham Jho Low kerana dia didakwa membelinya dengan wang yang dicuri daripada dana pelaburan 1MDB milik Malaysia.

Syarikat-syarikat pengantara yang memegang kepentingan Jho Low dalam harta tersebut berkata, dalam pemfailan yang dilakukan pada Jumaat di mahkamah persekutuan di Los Angeles bahawa mereka akan menarik balik tuntutan berkenaan.

Ini akan membuka jalan bagi penjualan hotel tersebut kepada Mubadala dan pelabur lain, kata jurucakap Jho Low dalam satu kenyataan.

Jabatan Kehakiman itu telah bersetuju bahawa penarikan tuntutan itu bukan satu pengakuan terhadap salah laku atau liabiliti, menurut kenyataan itu.

Hotel mewah di 36 Central Park South adalah antara aset bernilai berbilion ringgit yang didakwa oleh pendakwaraya AS sebagai milik Jho Low dan rakannya yang diperoleh daripada dana 1MDB. - The Star

No comments


Loading...