Header Ads

Jepun jamin bon Samurai 200 bilion yen, bantu kurangkan hutang negara


KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun menjamin sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata tawaran oleh kerajaan Jepun itu mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Katanya, penerbitan ini akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65% dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.

“Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Jepun kerana sudi menawarkan jaminan ke atas penerbitan bon samurai,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2019 di sini, hari ini.
Memtik BH Online, Guan Eng berkata, memang tidak dapat dipertikaikan bahawa Malaysia Baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteriyang dinamik dan berwawasan telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan dunia.
“Di Malaysia, terdapat satu keyakinan bahawa kita akan mengatasi segala cabaran ekonomi serta mencorak masa hadapan yang baharu,” katanya.

No comments

Loading...