Header Ads

Isu Rohingya: Tun M mencelah dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Foto The Star 

SINGAPURA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat pencelahan berhubung isu Rohingya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

"Saya pernah menyebut tentang keadaan di negeri Rakhine. Kami menggesa agar usaha-usaha diambil untuk membetulkan salah laku berkenaan," katanya kepada media Malaysia selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde di sini.

Loading...

Mahathir yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan berkata, beliau tidak menimbulkan isu berkenaan secara peribadi dengan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi tetapi melakukannya menerusi pencelahan.

Kini terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia dan tidak semua mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR).

Dilaporkan terdapat kira-kira 700,000 penduduk minoriti Islam Rohingya yang lari mencari perlindungan di negara jiran Bangladesh sejak Ogos lepas berikutan kekejaman tentera yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penghapusan kaum. - Bernama

No comments

Loading...