Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid yang mengesahkan perkara itu berkata, Mohd. Isa dihantar ke IJN oleh ahli keluarganya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, lapor Kosmo Online hari ini.

"Beliau masih berada di IJN dan dalam keadaan baik. Ramai yang bertanya saya tentang keadaan beliau dan saya beritahu jangan khuatir," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.
Mohd. Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan salah seorang daripada tujuh calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober lalu.
Beliau bertanding atas tiket Bebas selepas mengumumkan keluar dari UMNO disebabkan UMNO membuat keputusan memboikot pilihan raya tersebut.
PRK kerusi Parlimen Port Dickson dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan undi majoriti 23,560.