Header Ads

Ini kata-kata Najib kepada pengkhianat Umno


KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Umno yang bertindak keluar parti supaya mengingat kembali jasa parti itu kepada mereka.

Katanya, tanpa Umno siapalah mereka, kerana mereka ini mendaki kekuasaan disebabkan jasa parti keramat Melayu itu.


Loading...
"Kepada yang nak tinggal Umno selamat tinggal kamu, kita akan teruskan berjuang dengan orang yang setia bersama Umno, dulu dia susah siapa tolong dia, tiada peruntukan nak jadi calon cari siapa, kenanglah budi Umno.

"Janganlah Umno susah nak tinggalkan Umno mana dia nilai sayang...nilai budi nilai setia kawan saya tak sebut individu ini prinsipnya kita akan terus berjuang dalam Umno," katanya dalam program santai bersamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sejurus BN tewas pada PRU14 lalu beberapa pemimpin Umno bertindak keluar daripada Umno dan mengumumkan sebagai ahli Parlimen Bebas.

Antaranya ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Luar ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. - Sinar Harian

No comments

Loading...