Header Ads

Hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun kekal, mahkamah tolak rayuan


PUTRAJAYA - Dua pengikut "Tuhan Harun" akan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2013.


Loading...
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan akhir Sumustapha Suradi dan Shamsinar Abdul Halim serta mengekalkan sabitan dan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit.

Mahkamah juga disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.

Sumustapha, 43 dan Shamsinar, 41, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2016 selepas mereka didapati bersdalah pada 2016 membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek. - Bernama

No comments

Loading...