Header Ads

Gaji saya lagi tinggi daripada Menteri Kewangan, kata Dr M


PUTRAJAYA - Baru-baru ini tular dalam media sosial pengisytiharan harta melibatkan pemimpin PH dan mengejutkan, pendapatan bulanan Menteri Kewangan bersama keluarga melebihi pendapatan Perdana Menteri.

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula memberitahu gajinya melebihi gaji Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Loading...
Menurutnya, beliau tidak tahu dari mana Guan Eng mendapatkan wang sehingga membolehkan pendapatannya melebihi Perdana Menteri.

“Gaji saya lagi tinggi dari gaji Menteri Kewangan. Dari mana dia dapat (pendapatan tinggi) saya tidak tahu,” katanya yang disambut ketawa media dan pimpinan PH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, petang tadi. - Sinar Harian

No comments

Loading...