Header Ads

Gagal tunai janji tangguh bayaran balik, pengerusi PTPTN minta maaf


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memohon maaf kerana gagal tunaikan janji untuk menangguh bayaran balik kepada peminjam bergaji bawah RM4,000.

Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan dibuat ekoran hutang negara yang tinggi dan keperluan pelajar yang memerlukan, hasil bayaran pinjaman terdahulu, lapor Malaysiakini.


Loading...
“Ramai tuntut (Pakatan) Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gajinya di bawah RM4,000,” katanya.

“Saya dah berbulan-bulan fikir, bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang diperoleh bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan.”

“Tapi hari ni saya mohon maaf kerana janji ini tidak dapat saya tunaikan kerana sayalah yang tulis itu dalam buku Pakatan Harapan," kata Wan Saiful yang berkata pemohonan itu dibuat atas kapasiti dirinya yang merangka manifesto Harapan sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

Terlibat merangka manifesto Pakatan Harapan, Saiful mendakwa ketika itu beliau tidak tahu jumlah hutang negara.

No comments

Loading...