Header Ads

DRB-Hicom catat kerugian bersih RM11.42 juta pada suku kedua


KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd. mencatatkan kerugian bersih RM11.42 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2018 daripada keuntungan bersih RM742.6 juta pada suku yang sama 2017.

Syarikat itu berkata, keuntungan pada suku yang sama 2017 adalah termasuk geran pembayaran balik penyelidikan dan pembangunan RM1.10 bilion, selepas ditolak kos penstrukturan semula Proton Holdings Bhd. sebanyak RM325.47 juta.


Loading...
Perolehan pada tempoh yang dinilai berkurangan kepada RM3.18 bilion daripada RM3.24 bilion bagi tempoh yang sama 2017.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata, kerugian pengoperasiannya disebabkan prestasi rendah beberapa syarikat dalam sektor automotif dan perkhidmatan.

Bagi masa depan, DRB-Hicom berkata, syarikat akan terus kekal berhati-hati dan melaksanakan pengurusan kos berhemat di seluruh operasinya.

"Ketika pemulihan Proton kekal di landasan, prestasi syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019, akan bergantung kepada prestasi kewangan lebih baik syarikat pembuat kereta nasional itu," menurutnya.

Semasa tempoh suku yang dinilai ini, Proton merekodkan perolehan RM1.05 bilion, melonjak lebih 70 peratus daripada suku yang sama 2017. - Bernama

No comments

Loading...