Header Ads

Dr M syor bersenam 15 minit setiap hari pada waktu pejabat


Semua pejabat dari sektor awam dan swasta di seluruh negara disaran untuk membenarkan pekerja mereka bersenam selama 15 minit pada setiap hari.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu bagi memastikan para pekerja sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cerdas selain mengamalkan cara hidup sihat, lapor Kosmo Online hari ini.


Loading...
"Saya syorkan semua aktiviti pejabat kerajaan dan swasta berhenti pukul 11 pagi dan melakukan satu senaman mudah selama 15 minit.

"Ini berikutan sekarang ramai apabila sampai di pejabat dan duduk di kerusi lembik sehingga petang tanpa melakukan apa-apa. Justeru, otot tidak berpeluang digunakan dengan badan akan menjadi lemah," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Hidup Aktif (Walk) di Oval Lawn, Setia City Park sebentar tadi.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Mahathir menjelaskan, langkah bersenam itu secara langsung akan melaporkan penduduk negara ini yang lebih sihat, hidup lebih panjang serta berguna kepada negara.

"Malaysia akan menjadi negara tua, mereka tidak boleh buat apa-apa dan kena jaga mereka.

"Selagi kita baca, menulis, berjalan akan memastikan anggota badan dan otak akan sentiasa aktif dan bergerak untuk kesihatan," katanya.

No comments

Loading...