Header Ads

Dr M: Saya suruh Zahid bubar UMNO


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyuruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Loading...
“Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?

“Sebab itu, UMNO yang semacam itu perlu dibubar,” katanya dalam rakaman video temubual yang dimuat naik di media sosial BERSATU, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian lagi, Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden UMNO itu sebelum ini bahawa beliau diminta membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.

Perdana Menteri berkata, UMNO yang dipandang tinggi sebelum ini kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini.

“Dulu, UMNO tidak pernah kalah. UMNO kalah sejak menyeleweng disebabkan pemimpin mengutamakan duit daripada perjuangan,” katanya.

No comments

Loading...