Header Ads

Dana HRDF diguna beli hartanah, beri bonus - Menteri


Sebahagian besar wang Tabung Pembangunan Sumber Manusia dialihkan untuk digunakan bagi kepentingan individu tertentu, dedah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran hari ini.


Loading...
Mengulas laporan Jawatankuasa Pemantauan Tadbir Urus HRDF di Kuala Lumpur, Kulasegaran berkata wang berkenaan digunakan untuk membeli hartanah, membayar gaji dan bonus besar kepada kakitangannya yang terpilih.

Beliau berkata beberapa ahli lembaga pengarah terdahulu juga tidak mendedahkan kepentingan peribadi mereka kepada lembaga pengarah.

“Kami akan memulakan prosiding sivil dan jenayah terhadap sesetengah daripada mereka,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan HRDF Town Hall di Pusat Konvensyen HGH di Kuala Lumpur hari ini. - Malaysiakini

No comments

Loading...