Header Ads

Biarkan rusuhan kuil, NGO Melayu desak Waytha dipecat


Jawatan P Waytha Moorthy sebagai menteri perpaduan perlu dilucutkan kerana “gagal menjalankan tugas”, desak sebuah NGO.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa Waytha tidak layak mengelapai portfolio itu susulan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25, lapor Berita Harian.

Loading...

Datuk Hassan Mad mendakwa “kesibukan” menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “melakukan pembohongan di luar negara” punca beliau tidak mempeduli insiden itu.

“Beliau langsung tidak ambil peduli kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kaum India merusuh dan bertindak liar,” katanya.

Setiausaha agung MPM menegaskan keselamatan penjawat awam termasuk anggota bomba dan penyelamat sepatutnya dilindungi sewaktu bertugas di lokasi seumpama itu.

“Kerajaan wajib memberikan perlindungan secukupnya kepada keselamatan penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka, terutama dalam kes sensitif seperti ini.

Datuk A Kadir Jasin mengkritik Waytha yang “tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional” dalam insiden yang mencederakan anggota bomba.

Ia susulan kenyataan menteri terbabit yang menyalahkan polis kerana lambat bertindak dalam insiden itu sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak. - Projek MM

No comments

Loading...