Header Ads

Bekas tentera dipenjara 18 tahun, 15 sebatan akibat sumbang mahram

Foto oleh NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU - Seorang bekas tentera dijatuhi hukuman 18 tahun penjara dengan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan meliwat anak perempuan kandungnya dua tahun lepas (2016).


Loading...
Hakim Jailani Rahman kemudiannya menetapkan hukuman 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan hukuman enam tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua, yang mana diarahkan berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan persetubuhan tanpa kerelaan anaknya dengan memasukkan kemaluannya ke kemaluan mangsa di rumah sewa tertuduh di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru pada pukul 2 pagi, 15 Mac 2016.

Tertuduh yang berusia 44 tahun itu turut mengacukan pedang samurai di leher mangsa supaya mangsa, ketika itu berusia 17 tahun, tidak melawan dan mengikut kemahuan tertuduh.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun. - Bernama

No comments

Loading...