Header Ads

Bawa balik jet Jho Low hanya jika berbaloi, kata Tun M


KUALA LUMPUR - Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho, atau Jho Low, hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi kebenaran kepada penjualan Bombardier Global 5000 jet bernilai AS$35 juta (RM146.2 juta) yang berada dibawah jagaan pihak berkuasa Singapura sejak 2017.

Loading...

"Jika berbaloi, barulah kita bawa ia balik," katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung perkara itu ketika ditemui dalam satu majlis rasmi di sini hari ini.

"Kita tidak tahu sekiranya ia berbaloi atau tidak. Pesawat itu tidak boleh terbang sekarang," katanya dengan merujuk kepada pesawat yang kini diletakkan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura.

Sementara itu semasa menjawab soalan sekiranya bekas pegawai PetroSaudi International Ltd Xavier Justo akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  Mahathir berkata perkara itu seharusnya diserahkan kepada pendakwaraya sekiranya mereka memutuskan dia mempunyai bukti yang relevan untuk dikongsi. - Bernama

No comments

Loading...