Header Ads

ASEAN letak harapan tinggi terhadap Mahathir


SINGAPURA - ASEAN menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila pertubuhan serantau itu mengadakan Sidang Kemuncak ke-33 ketika berlaku perubahan terhadap geopolitik dan ekonomi.

"Beliau pemimpin paling senior dalam ASEAN. Terdapat harapan yang begitu tinggi agar beliau memainkan peranan dari segi kepimpinan dalam beberapa isu. Kami mendengar tentang perkara itu daripada beberapa rundingan tidak formal," kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.


Loading...

Beliau, bagaimanapun enggan menjawab apabila ditanya sama ada ia berkaitan bagaimana untuk menangani perbalahan antara China dan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan.

"Ada beberapa bidang. Tapi, kami tidak boleh menyatakan lebih daripada itu," katanya kepada media Malaysia yang berada di bandar raya pulau ini menjelang berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dari 11 hingga 15 November ini.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Mahathir ke Singapura sejak beliau menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Sidang Kemuncak ASEAN kali ini pula merupakan yang pertama beliau hadiri selepas 15 tahun.

Pada Oktober lepas, Mahathir menghadiri Perhimpunan Pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia. - Bernama

No comments


Loading...