Header Ads

Arul mungkin didakwa pecah amanah


Bekas CEO 1MDB Arul Kanda yang galak memberitahu orang Melayu Umno berkenaan skandal mega 1MDB dalam kempen PRU14 kini berdepan dakwaan pecah amanah. – Foto Astro Awani
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, semalam, berhubung kandungan ceramahnyamengenai syarikat itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Loading...

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan pihaknya memanggil Arul Kanda berhubung siasatan 1MDB.
Sumber dilapor NSTP berkata, Arul Kanda mungkin akan didakwa dalam masa terdekat atas kesalahan pecah amanah, bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan melihat arah tuju kes berkenaan.


“Arul Kanda pernah mengadakan siri ceramah di seluruh negara untuk menerangkan kedudukan 1MDB.
“Keterangan diambil berhubung kandungan ceramah yang diberikan sebelum berlangsungnya PRU-14 pada Mei lalu,” katanya.
Arul Kanda pada Mei lalu mengadakan sejumlah 30 sesi penerangan dan soal jawab 1MDB di seluruh negara bagi menerangkan segala keraguan berhubung isu membabitkan 1MDB.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 22 Mei lalu berkata, kerajaan perlu membayar faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta selain syarikat itu perlu menyelesaikan faedah pinjamanberjumlah RM810.21 juta bagi bulan antara September hingga November ini dan meminta Arul Kanda memberi penjelasan berhubung isu itu.
Hasil perjumpaan dengan dua ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali, pada 23 Mei, Guan Eng memaklumkan pengurusan 1MDB mengakui syarikat pelaburan strategik terbabit sudah muflisdan tidak mampu membayar hutangnya.

No comments