Header Ads

Apa kualiti pemimpin jika pemilihan dicemari pergaduhan, soal Dr Maza


Mufti Perlis Datuk, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menzahirkan rasa kebimbangan terhadap kualiti pemimpin yang dipilih dalam pemilihan parti politik apabila ia dicemari insiden pergaduhan.

Kenyataan Mohd Asri di Facebooknya itu, dipercayai merujuk insiden pergaduhan yang berlaku dalam pemilihan PKR Keningau di Sabah, semalam.

"Melihat rakaman pergaduhan sebuah parti politik dalam pemilihan pemimpin mereka amat merisaukan.

"Biasanya, aksi dan cara sebegitu hanya kita lihat dalam masyarakat yang rendah peradaban dan tamadunnya. Malangnya, dalam Negara Malaysia yang terkenal dengan kesantunan terjadi hal seperti itu.


"Ternyata, kuasa telah menjadikan manusia hilang nilai dan akal yang waras. Apakah kualiti pemimpin yang hendak mereka pilih jika demikian keadaannya?" katanya.
Semalam, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa diserang seorang lelaki di pusat pengundian cabang PKR Keningau.

Loading...


Pemilihan PKR yang bertumpu pada saingan antara penyokong Rafizi dan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut dicemari beberapa insiden pergaduhan lain sebelum ini antaranya di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. - Sinar Harian

No comments

Loading...