Header Ads

Anwar jadi PM: "Dua tahun atau…tak tahu lah, kalau Anwar bagi izin dua tahun setengahlah," seloroh Dr M


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamas berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara.

Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi BERSATU supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.


Loading...
"Saya berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya. Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya satu-satunya 'diktator' yang meletakkan jawatan," beliau memberitahu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Memetik portal Malaysiakini, Perdana menteri ditanya berkenaan BERSATU bahagian Setiawangsa yang meluluskan usul sebulat suara agar beliau memegang jawatan itu untuk penggal penuh selama lima tahun.

Usul itu dicadangkan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mohd Arip.

Ketika ditanya jika terdapat persetujuan baru pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN hari ini supaya beliau hanya menjadi perdana menteri selama dua tahun, Mahathir berkata tiada hal sebegitu yang diputuskan.

"Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahu lah, kalau dia (Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah," katanya berseloroh sambil melirik ke arah Anwar yang mengundang tawa hadirin.

No comments

Loading...