Header Ads

Adun Guar Chempedak keluar Umno jadi waki bebas


Adun Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengambil keputusan untuk keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Menurut Bernama, perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah Ahmad Kassim sebaik persidangan DUN bermula pagi ini.

Loading...
"Perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui satu surat yang diterima semalam...Jadi tempat duduk beliau dalam dewan ini akan berubah," katanya seperti dipetik.

Untuk rekod, Ku Abdul Rahman, 62, merupakan seorang daripada tiga adun BN yang sebelum ini menyokong pelantikan speaker yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) susulan kebuntuan memandangkan PH dan pembangkang mempunyai jumlah adun yang sama.
Beliau menjadi adun Guar Chempedak sejak 2008. Pada PRU ke-14, beliau menewaskan Musoddak Ahmad (PAS) dan Mohd Saffuan Sabari (PKR) dengan majoriti 259 undi.
Ku Abdul Rahman juga menjadi exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna pada penggal lalu.
Dengan perkembangan ini, Umno kini hanya memegang dua daripada 36 DUN di negeri itu. - Malaysiakini

No comments


Loading...