Header Ads

Adib kini dipindahkan ke IJN

SUBANG JAYA, 28 Nov — Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam tadi.



Loading...
"Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.

"Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya," katanya pada pemberita selepas melawat mangsa di SJMC sebelum dipindahkan ke IJN.
Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.
Zuraida berkata, keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari tadi selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
"Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif," katanya.
Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalkan SJMC pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam. — Bernama

No comments

Loading...