Header Ads

Ada pihak cuba pecah-belah masyarakat - Loke


Rakyat di negara ini perlu berusaha memperkukuh perpaduan kaum, meskipun terdapat pihak yang cuba memecah-belahkan masyarakat.

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha untuk memastikan perpaduan yang dinikmati rakyat ketika ini akan terus dipertahankan.

.
Loading...
"Dalam kerajaan, ini yang kita akan lakukan dan kita akan teruskan kerja kita kerana ada pihak yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia dengan menimbulkan isu-isu perkauman dan agama.

"Pihak-pihak ini cuba pecah belahkan perpaduan negara kita tetapi saya yakin majoriti rakyat kita nak hidup dalam keadaan aman, harmoni dan hormat menghormati," katanya.

Beliau berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai di Kampung Baru Nilai, di Nilai malam tadi.

Mengulas lanjut, Loke yang juga menteri pengangkutan berkata bagi memupuk perpaduan antara kaum, meraikan sambutan pelbagai perayaan oleh semua kaum dapat menjurus ke arah itu.
"Tradisi seperti ini kita akan teruskan sebab kita nak pupuk keharmonian dan saling hormati antara kaum.

"Itu sebab dalam apa saja perayaan, kita galakkan supaya masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan agama datang bersama raikan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Adun Nilai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, J. Arul Kumar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

- Bernama

No comments

Loading...