Header Ads

Ada ahli UMNO datang secara kumpulan mahu masuk Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir


PUTRAJAYA: Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan, tidak boleh, sebab dia akan jadi lebih besar dari kita.

"Kalau nak masuk kena masuk seorang demi seorang setelah mereka tinggalkan UMNO dan sokong kerajaan dan ditapis," katanya selepas ditanya mengenai dakwaan terdapat Ahli Parlimen UMNO yang mahu menyertai Parti Bersatu.

Loading...

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, di sini, hari ini.

Pada 27 Oktober lepas, dilaporkan terdapat kira-kira 40 ahli Parlimen daripada UMNO dikatakan akan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Perdana Menteri turut menyangkal dakwaan bahawa beliau ada memanggil beberapa individu daripada UMNO untuk menyertai Bersatu.

"Saya tidak pernah panggil sesiapa, mereka yang nak datang jumpa jadi saya jumpa dengan semua orang dan kita akan lihat kualiti, bukan semua mereka bersalah.

"Pemimpin yang secara terbuka dan lantang menyokong kecurian duit, itu tidak akan diterima, tapi ahli biasa yang cuma nak jadi wakil rakyat itu kita akan pertimbangkan," jelas beliau.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengenakan syarat bahawa Ahli Umno yang mahu menyertai Pakatan Harapan perlu Isytihar keluar UMNO, bersih dari sebarang kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta menyokong kerajaan. - Astro Awani

No comments

Loading...