Header Ads

4.03 juta saman AES berjumlah RM605 juta dibatalkan


CYBERJAYA - Semua 4.03 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum dibayar sejak 2012 sehingga 31 Ogos lalu telah dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Loading...
Beliau berkata, berdasarkan Pusat Data Bahagian Teknologi Digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bayaran saman AES bagi kesalahan had laju dan langgar lampu isyarat yang dikeluarkan sebelum 1 September lalu adalah berjumlah RM605 juta.

“Saya telah mendapat kepastian daripada pihak pengurusan pusat data ini bahawa semua saman telah diputihkan daripada sistem. Ini bermaksud apa-apa saman AES sebelum 1 September lalu sudah tiada lagi dalam data," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Data Bahagian Teknologi Digital JPJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 60,444 saman AES atas kesalahan melanggar had laju telah dikeluarkan sejak 1 September lepas sehingga 8 November lalu namun hanya 1,711 saman yang dijelaskan.

Bagi tempoh yang sama untuk kesalahan melanggar lampu isyarat pula, beliau berkata, sebanyak 4,575 saman AES telah dikeluarkan namun hanya 167 saman telah dibayar. - Bernama

No comments

Loading...