Header Ads

1MDB: Bekas Pengerusi PAC tidak tahu laporan 1MDB diubah


KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin hari ini berkata beliau tidak tahu Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah termasuk menggugurkan nama Jho Low daripada laporan itu.


Loading...
Beliau berkata laporan yang diserahkan oleh Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepadanya ketika itu, diterima seadanya.

"Kita tidak tahu-menahu benda itu (pindaan) dan apa yang Tan Sri Amrin Buang bawa ke PAC, itulah laporannya. Kita tidak tahu (laporan diubah) dan kita anggap itulah laporannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan bertarikh 24 Nov itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mendedahkan dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu yang menyentuh soal kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu daripada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014.

Madinah berkata, beliau menyampaikan taklimat pada 23 Nov kepada kabinet mengenai pindaan kepada laporan akhir itu dan menambah jemaah menteri mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan  kepada media mengenai perkara itu. - Bernama

No comments

Loading...