Header Ads

Wanita maut dipercayai ditetak suami sendiri dengan parang


Seorang wanita warganegara asing ditemui maut dalam keadaan menyayat hati dipercayai ditetak suaminya di sebuah rumah pekerja, Ladang Pintasan 5B di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemungut kelapa sawit disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah pada bahagian muka, badan dan kaki, lapor Kosmo Online.


Loading...

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A.Sahak Rahmat berkata, pihak polis bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian pembunuhan terbabit.

Mayat mangsa ditemui di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

"Hasil pemeriksaan pada fizikal wanita tersebut terdapat kecederaan kesan tetakan pada bahagian muka sebelah kiri dan kepala.

"Sementara itu, pergelangan tangan kanannya hampir putus manakala tiga jari kanan pula putus disyaki ditetak dengan sebilah parang milik suami mangsa," katanya hari ini.

Tambah A. Sahak, pemeriksaan di bahagian dapur rumah turut menemui cebisan jari yang telah putus.

"Susulan insiden itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan melarikan diri ke arah sungai dan telah dikejar beberapa anggota pengawal keselamatan ladang tetapi, gagal ditangkap.

"Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam lelaki berkenaan berjaya ditangkap polis untuk tindakan lanjut," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments

Loading...