Header Ads

Wani Hasrita dinobat Bintang Paling Popular

Wani Hasrita dinobatkan Bintang Paling Popular pada acara Anugerah Bintang Popular malam tadi. - Foto Kosmo!

Penyanyi Wani Hasrita membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada acara Anugerah Bintang Popular sekali gus membawa pulang hadiah kereta Citroen C4 Picasso yang bernilai RM126,000 dan trofi.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu turut membawa pulang anugerah Penyanyi Wanita Popular pada acara berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

"Sudah tentu saya terkejut dan tidak sangka kemenangan ini sebab berasakan diri tidak popular.

Loading...

"Apa pun kemenangan ini satu penghargaan daripada peminat dan saya amat menghargainya," kata Wani.

Memetik portal Kosmo! online, pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura meraih perhatian apabila memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan pasangan Serasi Drama untuk kategori online.

Sementara itu, Zul Ariffin pula dinobatkan dengan anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dua tahun berturut-turut apabila turut memenanginya pada tahun ini.

Zul turut membawa pulang anugerah kategori online iaitu Pasangan Serasi Filem bersama Fazura.

Pengacara Neelofa pula memenangi dua anugerah iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Sensasi Popular untuk kategori online.

Penyanyi Khai Bahar memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular sementara Fendy Bakry dinobatkan Artis Baharu Lelaki Popular dan Farah Nabila membawa pulang trofi Artis Baharu Perempuan Popular.

No comments

Loading...