Header Ads

Utusan kemuka skim penstrukturan semula hutang kepada CDCR


Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mengemukakan skim penstrukturan semula hutang kepada Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) untuk dipertimbangkan, demikian diumumkan kumpulan media tersebut hari ini.


Loading...

Pada 30 Ogos 2018, Utusan Melayu menerima surat daripada CDRC yang meluluskan permohonan bantuan untuk menjadi pengantara antara syarikat berkenaan dan anak-anak syarikatnya dan pembiaya, mengharapkan untuk menyerahkan rancangan penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh 60 hari.


"Utusan ingin memaklumkan bahawa syarikat telah menyerahkan Cadangan Penyusunan Semula Hutang kepada CDRC hari ini untuk pertimbangan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Penerbit akhbar dan majalah berbahasa Melayu itu telah diklasifikasikan sebagai PN17 selepas ia gagal memberikan pengisytiharan kesolvenan kepada Bursa Malaysia selepas gagal membayar prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd berjumlah RM1.18 juta.

-- Bernama

No comments

Loading...