Header Ads

Umno: Itu susun fail, bukannya pejabat kena geledah


Umno menafikan maklumat tular yang menyatakan ibu pejabat parti itu digeledah secara serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik portal rasmi parti berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular di media sosial itu merupakan kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran yabg dijalankan di ibu pejabat Umno.


“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat Umno digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan Umno sendiri yang sedang melakukan kemaskini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya kata beliau, Umno sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan. - Sinar Harian

No comments

Loading...