Header Ads

Tun M gembira Tok Pa sertai Bersatu


Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad gembira dengan keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai parti tersebut.

Menurutnya, selepas melihat pendirian bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu, parti bersetuju menerima kemasukan beliau.

Loading...

“Saya sukacita menerima kehadiran bekas tokoh Umno ke dalam parti Bersatu.


“Selepas kita melihat pendirian beliau, parti setuju bahawa beliau layak menjadi ahli Bersatu,” katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini, malam tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan Ahli Parlimen Jeli dipengaruhi pujukan daripada mana-mana pemimpin Bersatu, Dr Mahathir menegaskan ia adalah pilihan Mustapa sendiri.

“Itu adalah kerana keputusannya sendiri,” jawab Dr Mahathir ringkas.

Mustapa atau mesra disapa Tok Pa mengumumkan keluar Umno pada 18 September lepas dan menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas pengumuman tersebut.

Survival politik beliau menjadi tanda tanya sebelum ini malah ada pihak mendakwa beliau keluar Umno kerana mahu menyertai Bersatu.

Begitupun, tiada kenyataan rasmi daripada beliau berhubung perkara itu dan hari ini, segalanya terjawab apabila beliau menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Dr Mahathir.

No comments

Loading...